Monday, 26 September 2011

~Perjalanan Pertemuan Diri Dalam Cermin Kehidupan~

Dalam pengajian Ilmu Hakikat adalah dilarang sama sekali mendatangi dan juga pengetahuan ini di sampaikan kepada Ulama Syarii dan adalah di nasihatkan supaya bertanya, berguru dengan ahli hakikat lagi makrifat lagi Mursyid.Jangan sesekali kata sesat nescaya sesat itu akan balik pada diri sendiri yang mengata.!!!
Selain dari cara syariaat dan cara tarikat,terdapat satu lagi untuk merapatkan hubungan antara hamba dan tuhannya iaitu cara jalan hakikat.Cara hakikat merupakan cara yang ketiga iaitu satu cara mendalami ilmu hakikat dengan menyelami dan mengenali diri sendiri, yang merupakan satu - satu jalan yang di lalui oleh wali - wali Allah, ariffinbillah dan para - para aulia.
Mereka yang menjalani pengajian ilmu hakiki ini akan beriktiar dengan tekun dan tabah untuk merapatkan hubungan dengan dirinya dengan Allah S.W.T.,dengan cara membongkar menyeliki dan menyaksikan diri sendiri iaitu diri rahsia yang di tanggung oleh dirinya dan berusaha untuk membentuk dinya menjadi kamil - mukamil.
Bagi mereka yang ingin melalui cara hakiki ini adalah di nasihatkan terlebih dahulu melalui cara Tarukat dan berjaya pula membersihkan dirinya dari dari segala bentuk syirik “saghir”, syirik “khafi” dan dan syirik “jalli.” Mereka hendaklah menjalani perguruan dengan guru - guru hakiki dan makrifat serta muryid yang mempunyai pengetahuan yang luas serta mencapai pula ke tahap martabatnya.#Untuk pengetahuan lebih jelas silalah bertanya dengan guru - guru, makrifat lagi mursyid.
Orang - orang hakiki yang sampai pada martabatnya bukan saja mulia di sisi Allah malah mendapat pula kemuliannya di tengah masyarakat. Adalah perlu ditegaskan di sini matlamat akhir pengajian HAKIKAT adalah untuk megembalikan diri Asal Mu Mula Allah iaitu pada Zahir dan Batin yakni pada diri zahir dan diri batin pada martabat kemuliaan insan Kamil mukamil. Tiada sesuatu pun pada dirinya kecuali Allah semata - mata. Dan balik mu semula Allah.
Untuk itu pengajian hakikat ini mestilah ada kesinambungan dengan pengajian Makrifat. Sesungguhnya kata hakikat dan makrifat dua perkataan yang tidak boleh di pisahkan.

~Batu Besi Penahan Diri Ainunhayat~

Badal besi .batu delima ahkid ,cincin petah ular muna,besi haikal delima putih,adalah pemberian sang maha pencipta alam semesta pada hamba yg benar perkataanya atas kehidupan dan di beri petanggungjawab bagi memilikinya dgn rasa sentiasa tunduk rukuk dan sujud atas kehendak nya Allah, yg memelihara atas diri yg di sabit kan petolongan zatnya yg di berikan pada barang tersebut di atas, insyaallah

~Pelita Cemeni Purba~

Pelita purba ni sudah lama di lupakan,kian hari dan waktu, Tanpa ia di dalam kehidupan lampau,kita tidak mengenal apa erti Terang dan Menerangi.

~Batu-Batu Aura Ainunhayat~

Setiap keindahan itu ada rahsianya yg tersembunyi didalam kilau kilauanya, Dan setiap yg terbentuk itu ada kekuatan yg di anugerahkan sehingga terpancar aura kehidupan yg digelar batu permata Ainunhayat

Sunday, 25 September 2011

Sejarah Awal Silat Getar Safta Cempaka & Ilmu Perubatan Islam~

Bismillahirrohmaanirrohiim...Alhamdulillah Syukur Saya Kehadrat Ilahi Kerana Di Kesempatan ini Dapatlah Saya Yang Dhoif Lagi Fakir ini Berkongsi Serba-Sedikit tentang Asal-Usul Ilmu Persilatan SABIL GETAR SAFTA CEMPAKA DAN SEDIKIT SEJARAH AWAL ASAL USUL PERUBATAN ISLAM.
Pada asalnya Persilatan ini datangnya daripada peperangan khondak(parit) yang dibawa Oleh SAYYIDINA HAMZAH Yang Dikenali Sebagai HARIMAU ALLAH HARIMAU RASULALLAH atau dikenali sebagai PERISAI RASULALLAH. Persilatan ini banyak menggunakan teknik "TANGAN PENDEK" dalam menggunakan kelebihan pancaindera, ia dapat menghasilkan pelbagai corak "TANGAN" dan "RUANG" untuk menghasilkan benteng yang baik dalam mengelirukan pihak lawan sebagaimana yang difirman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 12 :" Ingatlah ketika Allah mewahyukan kepada para Malaikat sesungguhnya Aku bersama kamu wahai insan, maka teguhkanlah pendirian orang-orang yang telah beriman, kelak aku akan berikan ketakutan didalam hati musuh, maka pukullah diatas leher mereka dan pukullah tiap-tiap di hujung jari mereka". Ibnu Abbas mengatakan bahawa ayat ini diturunkan ketika terjadinya perang Badar, khandak. maksud Ibnu Abbas : "janganlah kamu membunuh seorang pun dari kaum muslimin. Jika berlaku pertempuran dan peperangan sasaran yang sesuai untuk mematikan pihak lawan adalah LEHER tetapi bilamana lawan memakai baju besi sehingga sulit dikalahkan maka TANGANNYA dilumpuhkan agar tidak dapat memegang senjata seperti tombak, pedang dan lain-lain sehingga mudah ditawan. Persilatan kuno ini datang ke Tanah Melayur melalui Ulama'-ulama' yang asalnya datang daripada HadrolMaut yang dipelopori dan dibawa oleh Sheikh Jalaluddin Amir Muazzam Shah dari Hadrolmaut dan Sheikh Abdul Qodir Jailani sendiri. Ianya telah diperturunkan dari generasi ke generasi sampailah kepada Sheikh Lokman Salleh Kampong Aji,Bota Kiri dan kini diwarisi oleh saya, Sheikh Suhaimi Sheikh Lokman sebagai penyambung warisan Ilmu Persilatan kuno dan Perubatan Islam ini.
Di dalam ilmu persilatan yang di ajar dan diperturunkan oleh Sheikh Jalaluddin Amir Muazzam Shah dan Sheikh Abdul Qodir Jailani kepada Arwah Bapa saya iaitu Sheikh Lokman Salleh, didalamnya juga di selitkan ilmu-ilmu perubatan islam yang meliputi pelbagai aspek. Ia bermula dizaman Tun Abdul Razak sehingga Tun Mahathir Muhamad.
Antara penglibatan beliau didalam perubatan ini, beliau banyak membantu Dengan Izin Tuhan dapat memulihkan pelbagai penyakit-penyakit mistik, salah satunya pernah merawat kecederaan atlit negara Robuan Pit, Jailani Sidek pada tahun 1983 dan pernah menjadi Bomoh Islam pertama di Istana Perak dari Sultan Idris Shah sehingga pemerintahan Sultan Azlan Shah(1984) dan bersara selepas pertabalan beliau. Sheikh Lokman juga dikenali sebagai Bomoh Ajaib Malaysia di zaman beliau. Mungkin anda tidak pernah mengetahuinya dan sebagai anaknya, saya sekadar berkongsi tentang sejarah sebenar tentang kedua-dua ilmu ini.
Semoga apa yang saya nyatakan ini tidak disalah ertikan, dan moga-moga warkah ini sekadar mengimbas kembali perjuangan yang dibawa oleh al-Marhum sheikh Lokman Salleh Bota dan guru-gurunya. Sekalung Al-Fatihah kita sedekahkan kepada beliau dan guru-gurunya, insya Allah.