Sunday, 25 September 2011

Sejarah Awal Silat Getar Safta Cempaka & Ilmu Perubatan Islam~

Bismillahirrohmaanirrohiim...Alhamdulillah Syukur Saya Kehadrat Ilahi Kerana Di Kesempatan ini Dapatlah Saya Yang Dhoif Lagi Fakir ini Berkongsi Serba-Sedikit tentang Asal-Usul Ilmu Persilatan SABIL GETAR SAFTA CEMPAKA DAN SEDIKIT SEJARAH AWAL ASAL USUL PERUBATAN ISLAM.
Pada asalnya Persilatan ini datangnya daripada peperangan khondak(parit) yang dibawa Oleh SAYYIDINA HAMZAH Yang Dikenali Sebagai HARIMAU ALLAH HARIMAU RASULALLAH atau dikenali sebagai PERISAI RASULALLAH. Persilatan ini banyak menggunakan teknik "TANGAN PENDEK" dalam menggunakan kelebihan pancaindera, ia dapat menghasilkan pelbagai corak "TANGAN" dan "RUANG" untuk menghasilkan benteng yang baik dalam mengelirukan pihak lawan sebagaimana yang difirman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 12 :" Ingatlah ketika Allah mewahyukan kepada para Malaikat sesungguhnya Aku bersama kamu wahai insan, maka teguhkanlah pendirian orang-orang yang telah beriman, kelak aku akan berikan ketakutan didalam hati musuh, maka pukullah diatas leher mereka dan pukullah tiap-tiap di hujung jari mereka". Ibnu Abbas mengatakan bahawa ayat ini diturunkan ketika terjadinya perang Badar, khandak. maksud Ibnu Abbas : "janganlah kamu membunuh seorang pun dari kaum muslimin. Jika berlaku pertempuran dan peperangan sasaran yang sesuai untuk mematikan pihak lawan adalah LEHER tetapi bilamana lawan memakai baju besi sehingga sulit dikalahkan maka TANGANNYA dilumpuhkan agar tidak dapat memegang senjata seperti tombak, pedang dan lain-lain sehingga mudah ditawan. Persilatan kuno ini datang ke Tanah Melayur melalui Ulama'-ulama' yang asalnya datang daripada HadrolMaut yang dipelopori dan dibawa oleh Sheikh Jalaluddin Amir Muazzam Shah dari Hadrolmaut dan Sheikh Abdul Qodir Jailani sendiri. Ianya telah diperturunkan dari generasi ke generasi sampailah kepada Sheikh Lokman Salleh Kampong Aji,Bota Kiri dan kini diwarisi oleh saya, Sheikh Suhaimi Sheikh Lokman sebagai penyambung warisan Ilmu Persilatan kuno dan Perubatan Islam ini.
Di dalam ilmu persilatan yang di ajar dan diperturunkan oleh Sheikh Jalaluddin Amir Muazzam Shah dan Sheikh Abdul Qodir Jailani kepada Arwah Bapa saya iaitu Sheikh Lokman Salleh, didalamnya juga di selitkan ilmu-ilmu perubatan islam yang meliputi pelbagai aspek. Ia bermula dizaman Tun Abdul Razak sehingga Tun Mahathir Muhamad.
Antara penglibatan beliau didalam perubatan ini, beliau banyak membantu Dengan Izin Tuhan dapat memulihkan pelbagai penyakit-penyakit mistik, salah satunya pernah merawat kecederaan atlit negara Robuan Pit, Jailani Sidek pada tahun 1983 dan pernah menjadi Bomoh Islam pertama di Istana Perak dari Sultan Idris Shah sehingga pemerintahan Sultan Azlan Shah(1984) dan bersara selepas pertabalan beliau. Sheikh Lokman juga dikenali sebagai Bomoh Ajaib Malaysia di zaman beliau. Mungkin anda tidak pernah mengetahuinya dan sebagai anaknya, saya sekadar berkongsi tentang sejarah sebenar tentang kedua-dua ilmu ini.
Semoga apa yang saya nyatakan ini tidak disalah ertikan, dan moga-moga warkah ini sekadar mengimbas kembali perjuangan yang dibawa oleh al-Marhum sheikh Lokman Salleh Bota dan guru-gurunya. Sekalung Al-Fatihah kita sedekahkan kepada beliau dan guru-gurunya, insya Allah.

No comments:

Post a Comment